Beruntunglah mereka yang dikurniakan nikmat penglihatan. Saya dapat menulis dan menaip dengan nikmat mata. Anda dapat membaca tulisan ini dengan nikmat mata. Alhamdulillah..
Sedari pagi, bangun dari jagaan tidur, kita membuka mata dan berjalan ke 'kamar kecil'. Itu nikmat yang jarang disedari, iaitu nikmat dapat melihat. Bayangkan bila membuka mata, dunia menjadi gelap, huru haralah kehidupan selepas itu apabila nikmat melihat itu sudah ditarik.
Melangkah keluar dari rumah
Mata itu untuk melihat, dan kedua-duanya ialah NIKMAT. Bukan sekadar deria untuk nampak.
mata yang dapat cahaya, akan buta
mata yang dapat ilmu akan mati
secara saintifik: mata adalah salah satu deria daripada 6 deria. Deria yang digunakan untuk melihat. Satu komponen yang kecil tetapi besar peranannya. Walau ianya hanyalah dua biji bebola kecil, malah lebih kecil dari bola ping pong, fungsinya begitu besar sekali, malah memberi kesan kepada seluruh aspek kehidupan. Kehilangan fungsinya menyebabkan manusia boleh hilang semangat dan banyak aspek-aspek kehidupan terpaksa dikorbankan. Terdiri dari pelbagai bahagian yang berbeza fungsinya dan setiap bahagian mempunyai beberapa lapisan. Subhanaalh, pencipta itu adalah ALLAH. In Shaa Allah, komponen setiap bahagian mata akn diceritakan dalam entri yang lain. cahaya masuk dan jatuh ke atas retina dan ditafsirkan oleh otak kita.
Dalam sudut pandangan Islam, mata digunakan untuk melihat. dan penglihatan itu haruslah menjurus melihat kebesaran Allah dan perkara-perkara kebaikan. Mata adalah jendela untuk mengenali kebesaran Allah.
Surah Al-Mu;minun: 78
"Dialah yang menciptakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur"
Surah al-An'am:46
Katakanlah: "Apa pandangan kamu jika Allah mencabut pendengaran, dan penglihatan serta menutup hatimu, siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepadamu?" perhatikanglah, bagaimana KAmi berkali-kali memperlihatkan tanda-tanda kebesaran (Kami), kemudian mereka tetap berpaling juga.
eye-noor optometry
No comments:
Post a Comment